5 Posts in 5 Topics - by 2 Members - Latest Member: fotokini

Sekapur Sirih Dari Meja Pemilik RumahBanglo.Com

No New Posts Tujuan & Hasrat Forum

Pemilik laman forum berkaitan rumah banglo dan lain-lain topik dalam forum ini adalah sebagai satu platform untuk perkongsian ilmu berkaitan rumah ( Teori & Praktikal). Anda juga boleh menyalurkan info dan maklumat yang sama untuk dikongsikan. Hasratnya kita semua mendapat manfaat untuk perkongsian di forum ini.

0 Posts
0 Topics

Bina Rumah

No New Posts Bina Sendiri

Mahukan sebuah rumah yang cantik, besar, murah dan mendapat kepuasan dalam proses memiliki sebuah rumah banglo anda perlu bina sendiri rumah anda. Tapi bagaimana caranya. Kita kongsikan tajuk menarik ini di sub topik selanjutnya selepas ini.

1 Posts
1 Topics

Last post by fotokini
in Step Atau Langkah-langka...
on January 03, 2016, 11:34:02 PM

No New Posts Bina Rumah Melalui Kontraktor

Cara mudah dan tidak memeningkan kepala bagi bakal pemilik rumah banglo adalah dengan mancari kontraktor berwibawa bagi proses membina rumah. Bagaimana proses dan caranya boleh kita semua bincangkan selanjutnya dalam sub topik ini.

0 Posts
0 Topics

Beli Rumah

No New Posts Rumah Banglo

Rumah banglo adalah rumah sesebuah yang didirikan dalam satu tapak perumahan yang tidak bersambung antara satu sama lain.

0 Posts
0 Topics

No New Posts Rumah Siap

Bagi pemilik rumah individu rumah siap bermaksud sebuah rumah yang tersedia didalamnya kemudahan api letrik dan kemudahan air dan Sijil Layak Menduduki rumah (CCC atau code compliance certificate).

0 Posts
0 Topics

No New Posts Rumah Subsale

Rumah subsale bermaksud rumah siap @ separa siap yang dimiliki oleh seseorang individu yang berhasrat untuk menjualnya kepada pembeli (anda) atas sebab-sebab tertentu samada secara sukarela, bisnes, masalah kewangan atau rumah yang dalam proses lelongan oleh pihak bank.

0 Posts
0 Topics

No New Posts Rumah Dalam Pembinaan

Rumah yang masih belum siap dan masih dalam proses pembinaan (progress) dan perlu melalui proses yang panjang seperti penyediaan tanah tapak perumahan, pelan, bahan binaan, kontraktor dan membina rumah berkenaan samada secara tunai atau melalui pembiayaan kerajaan atau bank.

0 Posts
0 Topics

No New Posts Rumah Lelong

Rumah yang gagal dibayar mengikut masa yang ditetapkan (Pembiayaan Bank) dan tertunggak melebihi 2 bulan ke atas akan melalui proses tindakan undang-undang untuk lelongan samada melalui Pejabat Tanah atau arahan mahkamah. Proses lelongan boleh mengambil masa secepat 4 bulan pembiayaan tertunggak dan 12 bulan jika lelongan melalui kuasa oleh pejabat tanah (pendaftar atau pentadbir tanah).

0 Posts
0 Topics

No New Posts Strata Unit

Rumah yang dikongsi secra bersama dalam sebuah bangunan yang bertingkat-tingkat dan dipecah kepada setiap unit/lot atau petak-petak bagi setiap tingkat.

0 Posts
0 Topics

Perkhidmatan Profesional

No New Posts Pelukis Pelan (Pro & Semi Pro)

Jika ada pengunjung yang memiliki kepakaran dan lesen melukis pelan rumah boleh buka thread (new post) dengan menyatakan Nama, alamat syarikat, no pendaftaran syarikat, no telefon dan pengalaman.

0 Posts
0 Topics

No New Posts Tukang & Kontraktor

Mana-mana individu (Selain Syarikat Sdn Bhd & Syarikat Berhad) yang memiliki lesen kontraktor mestilah mempunyai lesen dikeluarkan oleh ROB (Bidang Binaan) dan mempunyai lesen CIDB sekurang-kurang kelas G1 boleh buka thread dengan menyatakan Nama Syarikat, alamat, no pendaftaran perniagaan dan CIDB serta pengalaman menjalankan kerja kontrak membuat rumah boleh menawarkan perkhidmatan mereka dilaman forum ini.

0 Posts
0 Topics

No New Posts Lain-lain Perkhidmatan

Individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan rumah seperti Tukang Paip, Tukang Cat, Tukang Letrik, Tukang Jubin, Tukang Almari Hiasan, Tukang Cermin dan Tingkap, Tukang Siling Kapur, Tukang Memasang Aircond, Tukang Memasang Pagar, Tukang Pintu Pagar, Tukang Smart Alarm dan seumpamanya yang berkaitan dengan perkhidmatan membuat rumah boleh menawarkan perkhidmatan mereka di laman forum ini.

0 Posts
0 Topics

No New Posts Rumah Untuk Di jual (Pemilik Individu Sahaja)

Pemilik rumah sediada yang berhasrat menjual rumah mereka yang berminat mengiklankan rumah mereka bagi tujuan untuk dijual boleh mengiklankan secara percuma rumah yang hendak dijual di laman forum ini. Walaubagaimanapun pemilik laman forum tidak bertanggungjawan ke atas sebarang salah laku, penipuan, urusniaga haram dan seumpamanya berkaitan urusan jual beli.

0 Posts
0 Topics

Lain-lain Topik Berkaitan Rumah

No New Posts Syarat-syarat Beli Rumah

Pilihan dalam membeli sebuah rumah hanya dibezakan melalui pemilikan secara tunai atau pinjaman. Bagaimanapun proses pindahmilik bagi rumah kediaman dari seorang penjual kepada pembeli hampir sama prosesnya kecuali tidak melibatkan proses dokumentasi yang rumit jika melalui proses pinjaman.

0 Posts
0 Topics

No New Posts Pengeluaran KWSP

Kakitangan swasta memiliki keistimewaan simpanan EPF (KWSP) sepanjang tempoh pekerjaan mereka layak memohon pengeluaran samada untuk membeli Rumah, membina rumah, rumah ke dua dan boleh memohon pengeluaran untuk menjelaskan baki pinjaman rumah sediada, menjelaskan ansuran bulanan pinjaman rumah dan yang paling penting boleh digunakan untuk menjelaskan kos atau bayaran seperti kos guaman, insurans dan kos sampingan berkaitan pembelian rumah. bagaimana caranya akan dibincangkan dalam sub topik selanjutnya.

0 Posts
0 Topics

No New Posts Insurance

Dalam proses memiliki rumah samada secara tunai atau melalui pinjaman bank tidak dapat lari dari mengambil perlindungan insurans bagi 2 kategori utama iaitu Kematian & Kecacatan Ilat kekal oleh Kemalangan (MRTA atau MLTA) dan Kebakaran (Houseowner untuk rumah kediaman dan Fire untuk Rumah Kedai).

0 Posts
0 Topics

No New Posts Rate Pembiayaan Terkini

Boleh dikatakan kadar interest atau keuntungan (Islamik Bank) adalah hampir sama antara satu sama lain dan saling bersaing untuk memenangi hati pelanggan. Dalam tahun 2015 boleh dikatakan kadar pinjaman perumahan atau pembiayaan perumahan (Islamic Bank) adalah sekitar 4.50% - 5.20% pada kadar terapung dan ada yang menggunakan kadar tetap semurah 3.50%.

0 Posts
0 Topics

No New Posts Kadar Tetap vs Terapung

Jika anda memohon pinjaman dari bank ada 2 pilihan yang anda ada samada Konvensional atau Perbankan Islam. begitu juga dengan kadar interest atau keuntungan yang ditawarkan oleh pihak bank ada yang berkadar tetap (flat rate) dan ada yang berkadar terapung. Kebanyakan semua bank di Malaysia menggunakan kadar terapung dan ianya boleh berubah (Naik atau Turun) mengikut keadaan ekonomi semasa dan bias kepada pengumuman OPR atau kadar asas semalaman oleh BNM (Bank Negara Malaysia).

2 Posts
2 Topics

Last post by fotokini
in Pembiayaan Rumah (Kadar ...
on January 26, 2016, 09:51:39 PM

No New Posts Pelan Rumah

Walau apa pun tujuannya untuk membina rumah, proses permulaanya dimulai dengan pelan rumah yang disediakan oleh pelukis pelan bertauliah dan diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan setiap negeri dan daerah masing-masing sebelum dapat memulakan proses membina rumah. Jika tidak anda bakal dikenakan saman oleh PBT.

1 Posts
1 Topics

Last post by fotokini
in Apa Yang Anda Perlu Tahu...
on January 26, 2016, 09:54:59 PM

No New Posts Loan Kerajaan (Pembiayaan)

Proses permohonan membeli rumah kakitangan kerajaan hendaklah dibuat mulai tahun 2016 melalui lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (dahulunya dikenali (Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia).

1 Posts
1 Topics

Last post by fotokini
in LPSA (Lembaga Perumahan ...
on January 26, 2016, 09:57:13 PM

No New Posts Loan Bank (Pinajaman dan Pembiayaan)

Nak buat rumah jika tiada simpanan mencukupi maka pihak bank menjadi rakan baik kita di kala memerlukan. Nak beli rumah memerlukan bukti pendapatan samada dari penggajian, perniagaan mahu pun pendapatan dari sumber-sumber yang boleh disahkan oleh pihak bank. Syarat-syarat memohon loan dengan bank akan dibincangkan dalam sub topik selanjutnya.

0 Posts
0 Topics

No New Posts REA REN atau Perunding Hartanah

Cara mudah mendapatkan rumah yang sesuai dengan anda adalah mendapatkan khidmat REA (Real Estate Agency) atau REN (Real Estate Negotiator) atau perunding hartanah. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam proses penawaran jualan rumah bagi pihak pembeli dan penjual.

0 Posts
0 Topics

Links Pilihan

No New Posts Laman Web, Forum & Blog Pilihan

Senarai links pilihan untuk rujukan dan pengetahuan buat semua pengunjung forum rumahbanglo.com boleh dilayari dan akan dikemaskinikan oleh penulis dari semasa ke semasa.

0 Posts
0 Topics

  • No New Posts
  • Redirect Board

Info & Maklumat Rumah Banglo - Info Center

Forum Stats Forum Stats

5 Posts in 5 Topics by 2 Members. Latest Member: fotokini
Latest Post: "LPSA (Lembaga Perumahan ..." ( January 26, 2016, 09:57:13 PM )
View the most recent posts on the forum.
[More Stats]

Users Online Users Online

2 Guests, 0 Users

Most Online Today: 5. Most Online Ever: 15 (January 03, 2016, 09:27:20 PM)